Saturday, 21 December 2013

STRUKTUR PENGHALANG PEROSAK TANAMAN (SPPT)





1.  STRUKTUR PENGHALANG PEROSAK TANAMAN (SPPT)

Struktur Penghalang Perosak Tanaman (SPPT) atau dikenali juga sebagai Struktur Pelindung Tanaman (SPT) merupakan struktur teduhan yang digunakan sebagai teduhan/lindungan untuk aktiviti penanaman tanaman secara fertigasi.

Selain itu, SPPT juga turut digunakan dalam pengeluaran tanaman hiasan bernilai tinggi yang memerlukan penjagaan yang rapi.

1.1  Jenis-jenis SPPT yang terdapat di Malaysia
 . 
Terdapat pelbagai jenis SPPT yang digunakan secara meluas oleh pengusaha di Malaysia iaitu;

i.     Struktur Penghalang Perosak Tanaman (SPPT)
Struktur binaan berbumbung plastik lutcahaya dan dinding ditutup dengan jaring kalis serangga untuk melindungi tanaman daripada titisan hujan dan mengawal kemasukan serangga.




 ii  Struktur Pelindung Hujan (SPH)                                       
Struktur binaan berbumbung plastik lutcahaya poliethelena yang berfungsi untuk   melindungi tanaman daripada titisan hujan.



   
iii. Struktur Kalis Serangga (SKS)

Struktur binaan – bumbung dan dinding ditutup sepenuhnya dengan jaring kalis serangga





           iv.Struktur Rumah Teduhan (SRT)

Struktur binaan tanpa dinding dibina sebagai teduhan. Jaring hitam, susunan kayu atau daun-daun kering boleh digunakan sebagai atap. Fungsi binaan ini ialah sebagai peneduh semasa kerja-kerja pemasuan semula, semaian, pengerasan anak semaian dan/atau penyediaan media campuran dilaksanakan.



KELEBIHAN PENGGUNAAN SPPT


·                     Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit tanaman




·                     Mengatasi tanah bermasalah




·                     Meningkatkan hasil pengeluaran.



·                     Menghindarkan masalah rumpai 




·                     Kualiti hasil yang lebih baik








Friday, 20 December 2013

RUMAH SEMAIAN





Rumah semaian adalah  contoh kemudahan asas yang perlu ada di sesebuah ladang.